Komuniti Sahabat Muslim
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CERPEN TUGAS SEORANG KHALIFAH

2 posters

Go down

CERPEN TUGAS SEORANG KHALIFAH Empty CERPEN TUGAS SEORANG KHALIFAH

Post  HafaazMuslim Thu Jun 11, 2009 12:05 am

ASSALAMUALAIKUM....Ni cerpen ana tahun lepas..Untuk penyertaan ke Perkampungan Penulis2 Muda Peringkat Kebangsaan, di Kuantan nti..
Alhamdulillah...Skadar berkongsi dgn semua..Ana xprnah blaja buat cerpen..Bglah komen..Pandangan, dan apa2 saja :-)
Sahabat baik ana dah bagi komen..Alhamdulillah...

CERPEN TUGAS SEORANG KHALIFAH

Ceramah Maal Hijrah baru sahaja selesai. Lukmanulhakim yang keluar dari Surau Maahad Tahfiz Muslim Al-Islami terus melangkah menuju ke arah sebatang sungai bersebelahan surau. Dia yang memakai seluar di dalam jubah putih kemudiannya mengangkat kain jubahnya dan duduk di tebing sungai bersama dua orang rakannya; Safwan Mua’thal dan Abdul Aziz supaya jubahnya tidak kotor.

Ceramah tadi sungguh mengagumkan dan berjaya meniupkan semangat sebagai khalifah Allah ke dalam jiwa setiap individu yang hadir. Gaya dan ketegasan Ustaz Nabil As-Saufi dalam menyampaikan ceramahnya tadi begitu menyentuh perasaan para hadirin yang kebanyakkannya adalah dalam kalangan pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga lima yang belajar di Maahad Tahfiz Muslim Al-Islami. Sepanjang beliau berceramah, semuanya begitu kusyuk dan berminat. Suaranya begitu lantang. Kadangkala ceramahnya diselitkan dengan gurauan, sehingga dapat mencetuskan gelak tawa para hadirin di dalam surau. Sepanjang beliau berceramah juga, tiada yang berganjak pun dari tempat duduk. Sebagai Pengerusi Persatuan Pelajar Islam di Maahad Tahfiz Muslim Al-Islami, Lukmanulhakim berasa sungguh gembira dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaanNya, majlis tadi dapat berjalan dengan lancar dan lebih sempurna daripada apa yang dirancang sehingga mencetuskan suasana yang luar biasa di dalam surau.

Ketika asyik bersembang bersama dua rakannya, tiba-tiba Lukmanulhakim berdiri dan menyapu di bahagian belakang seluarnya dan melabuhkan kembali jubah putihnya sambil melihat ke arah surau.

“Alhamdulillah, majlis tadi berjalan dengan lancar. Tak sangka, Ustaz Nabil begitu pintar dalam menyampaikan ceramah. Ustaz Nabil memang begitu idealis. Tak sia-sia beliau mengajar di maahad ini walaupun baru sahaja masuk tiga hari,” katanya sambil menunjuk ke arah Ustaz Nabil As-Saufi yang sedang bersalaman dengan Pengetua Maahad Tahfiz Muslim Al-Islami; Ustaz Muhamad Farid.

“Betul, tu. Ana lihat beliau memang seorang ustaz yang bertanggungjawab dan sentiasa bersedia mencurahkan ilmu kepada orang lain. Lihatlah gayanya. Caranya begitu meyakinkan. Kitab juga sentiasa berada di sampingnya,” Safwan Mua’thal mengiyakan kata-kata Lukmanulhakim. Sambil mengangguk, Abdul Aziz pula mencelah “Alhamdulillah...Begitulah ustaz yang kita mahu...”

Tidak lama kemudian, kelihatan Fatimah Az-Zahra sedang berjalan menghampiri mereka dengan langkah perlahan sambil menundukkan pandangan sebagai mengamalkan sunnah Rasulullah. Safwan Mua’thal dan Abdul Aziz terus meninggalkan Lukmanulhakim keseorangan setelah bersalaman dan meminta diri daripadanya. Sementara itu, Fatimah Az-Zahra masih lagi berjalan dengan langkah perlahan menuju ke arah adiknya.

“Assalamualaikum, ukhti Imah. Dari mana ni? Ana tak nampak pun ukhti di majlis tadi?” tanya Lukmanulhakim dengan wajah kehairanan sambil bersalaman dan mencium tangan kakaknya.

“Wa’alaikumussalam, Lukman. Ukhti dari rumah. Umi batuk-batuk tadi. Jadi ukhti tak dapat datang ke majlis Maal Hijrah. Ukhti datang ke sini untuk beritahu, umi minta Lukman tolong belikan ubat untuknya di farmasi,” jawab Fatimah Az-Zahra panjang. Setelah adiknya berlalu pergi, Fatimah Az-Zahra terus berjalan pulang ke rumah untuk melihat keadaan ibunya; Mashitah.
Kesian Mashitah. Dia mula sakit-sakit setelah suaminya; Al-Muqri meninggal dunia di pangkuannya sebulan lepas. Kesannya masih lagi terasa. Siapa tidak sedih, apabila suami yang soleh sudahpun meninggalkan seorang isteri solehah bersendirian bersama anak-anak tanpa suami tersayang di sisi. Itulah takdir Tuhan yang Maha Esa. Ujian itu terlalu besar baginya. Syukurlah, dia masih mempunyai iman yang teguh dan hati yang tabah. Walaupun kehilangan suami tersayang, dia masih mempunyai Fatimah Az-Zahra dan anak bongsunya; Lukmanulhakim. Alhamdulillah, dia masih mempunyai dua orang cahaya mata yang soleh. Merekalah permata hatinya.

Semenjak Ustaz Nabil As-Saufi mengajar di Maahad Tahfiz Muslim Al-Islami, beliau sering member nafkah sebagai sedekah kepada keluarga Mashitah. Ubat-ubatan untuk Mashitah, beliau yang tanggung. Pendidikan Lukmanulhakim beserta Fatimah Az-Zahra juga dibiayai sepenuhnya oleh beliau. Sehingga Mashitah semakin sembuh, beliau tetap sentiasa menziarahi mereka sekeluarga di rumah. Mereka berasa amat bersyukur sekali, dengan sikap Ustaz Nabil As-Saufi yang sememangnya baik hati, pemurah, dan penyayang.

Selain itu, Ustaz Nabil As-Saufi sering mengajar Lukmanulhakim dan Fatimah Az-Zahra pada masa-masa tertentu. Setiap hari Khamis juga, beliau sering membawa mereka sekeluarga ke Masjid Negeri Selangor untuk mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani. Hal ini telah menyebabkan Abdul Aziz yang tua setahun daripada Lukmanulhakim berasa cemburu. Abdul Aziz memang sukakan Fatimah Az-Zahra. Apatah lagi umur mereka sebaya. Ustaz Nabil As-Saufi pula masih bujang. Bukan jauh umurnya dengan mereka. Hanya sejengkal!

Suatu hari, ketika melalui Taman Firdausi di sebelah pejabat Maahad Tahfiz Muslim Al-Islami, Abdul Aziz yang berjalan dengan Safwan Mua’thal ternampak Ustaz Nabil As-Saufi sedang mengajar Lukmanulhakim dan Fatimah Az-Zahra. Mereka kelihatan sangat rapat. Seperti seorang abang yang sedang mengajar adik-adik kandungnya. Tiba-tiba perasaan cemburu dan marah Abdul Aziz membuak-buak seperti api yang sedang membara dengan maraknya. Entah syaitan mana yang menghasutnya, sehingga Abdul Aziz yang berpewatakan soleh, baik hati, dan penyabar lantas menjadi seorang yang pendendam.

“Asataghfirullahal’azim...Kenapa dengan anta ni?” tanya Safwan Mua’thal setelah menyedari akan sahabatnya yang sedang marah.

“Ana geram dengan Ustaz Nabil tu. Dia seperti suka akan Fatimah Az-Zahra,” jawab Abdul Aziz.

“Sudahlah, bukankah cara Ustaz Nabil betul? Agama Islam mengajar umatnya untuk sentiasa berlemah-lembut, berbuat baik sesama insan, dan sentiasa mencurahkan ilmu kepada orang lain. Itulah tugas-tugas sebagai seorang khalifah Allah. Tambah pula, bukankah ilmu itu milik Allah? Ana langsung tak pernah berfikir bahawa Ustaz Nabil suka akan Fatimah Az-Zahra. Anta je yang salah faham. Ingatlah Allah, ya Abdul Aziz,” jelas Safwan Mua’thal panjang.

Abdul Aziz yang hanya diam membisu semasa sahabat baiknya memberi penjelasan tadi masih membisu sambil otaknya ligat memikirkan sesuatu. “Ah, ana mesti memikirkan sesuatu sebagai cara untuk menjauhkan mereka!” bisik hati kecil Abdul Aziz yang masih dihasut syaitan durjana.

Seminggu kemudian, semasa Abdul Aziz ternampak Ustaz Nabil As-Saufi di kantin maahad, dia terus melangkah laju menghampiri Ustaz Nabil As-Saufi sambil mengangkat sedikit hujung kain jubah biru yang dipakainya bagi memudahkannya melangkah laju.

“Assalamua’laikum, Ustaz Nabil,” Abdul Aziz memberi salam. Ustaz Nabil As-Saufi kelihatan terkejut apabila tiba-tiba Abdul Aziz berada di hadapannya. Sebenarnya dia memang sedang memikirkan Abdul Aziz yang sekarang ini semakin menjauhkan diri darinya.

“Wa’laikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, ya Abdul Aziz. Kaifa Haluka? Mana sahabat-sahabat anta?” Ustaz Nabil As-Saufi cuba merapatkan kembali ukhwah fillah bersama anak murid kesayangannya yang semakin menjauhkan diri darinya.

“Alhamdulillah, ana sihat, ustaz. Sahabat-sahabat ana ada di surau. Ustaz Muhamad Farid sedang mengajar mereka menghafaz Al-Quran,” jawab Abdul Aziz yang semakin merasa dendam pada Ustaz Nabil As-Saufi.

“Ustaz Nabil...” panggil Abdul Aziz sambil melabuhkan jubah birunya kembali dan melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhadapan dengan Ustaz Nabil As-Saufi .

“Ya, Abdul Aziz. Mengapa?” tanya Ustaz Nabil As-Saufi kehairanan.

“Semalam ana ke rumah Lukmanulhakim. Fatimah Az-Zahra memesan kepada ana supaya beritahu ustaz bahawa tidak mengajarnya lagi pada masa lapang. Katanya, biarlah hanya mengajarnya bersama sahabat-sahabat lain di dalam kelas. Dia tak mahu sahabat-sahabatnya mengejeknya lagi,” ujar Abdul Aziz, memulakan perancangannya. Ustaz Nabil As-Saufi begitu terkejut. Lantas, beliau meminta diri dan bersalaman dengan anak muridnya itu. Beliau begitu hairan, masakan Fatimah Az-Zahra akan berkata begitu?

Sudah lama Abdul Aziz tidak melihat Ustaz Nabil As-Saufi. Entah beliau berada di mana. Kadangkala Abdul Aziz berasa risau, mungkin ada sesuatu yang terjadi pada Ustaz Nabil As-Saufi. Kadangkala, dia berasa seronok, Ustaz Nabil As-Saufi sudah lama tidak hadir ke sekolah. Sehinggalah dua minggu kemudian, ketika Abdul Aziz melalui Taman Firdausi, dia ternampak Ustaz Nabil As-Saufi sedang mengajar Fatimah Az-Zahra dan sahabat baiknya; Aminah Muslimah. Lantas, perasaan cemburu di dalam hati Abdul Aziz kian membara. Perasaan marahnya kepada Ustaz Nabil As-Saufi semakin meluap-luap. Seperti gunung berapi yang sedang mengeluarkan laharnya yang menggelegak panas. Dia sememangnya dihasut syaitan. Dia memang berasa seperti ingin memukul Ustaz Nabil As-Saufi. “Nasib baik di situ ada Fatimah Az-Zahra dan rakan baiknya. Kalau tak, ana pasti akan memukulnya di situ sekarang juga!” kata Abdul Aziz perlahan.

Rupa-rupanya, kata-kata Abdul Aziz didengari sahabat baiknya; Lukmanulhakim yang sedang melalui taman itu untuk memanggil kakaknya pulang ke rumah. Dengan perasaan terkejut, Lukmanulhakim cuba menegur Abdul Aziz. Menyedari akan Lukmanulhakim ada di situ, dengan tidak semena-mena Abdul Aziz terus memukul Lukmanulhakim bagi melepaskan nafsu amarahnya. Dia langsung tidak dapat mengawal diri ketika itu. Ustaz Nabil dan anak-anak muridnya yang kebetulan ternampak akan kejadian itu, terus meluru ke sana. Mulut dan gusi Lukmanulhakim yang berdarah telah menyebabkan keseluruhan wajahnya berlumuran darah. Lantas Fatimah Az-Zahra cuba mendapatkan adiknya itu. Ustaz Nabil As-Saufi pula terus menarik badan Abdul Aziz bagi meleraikan pergaduhan.


Last edited by HafaazMuslim on Thu Jun 11, 2009 12:06 am; edited 2 times in total
HafaazMuslim
HafaazMuslim
Admin

Posts : 21
Join date : 2009-05-30
Location : Kompleks Balai Islam, KL

http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

CERPEN TUGAS SEORANG KHALIFAH Empty Re: CERPEN TUGAS SEORANG KHALIFAH

Post  HafaazMuslim Thu Jun 11, 2009 12:06 am

sambungan...

Sayup-sayup kedengaran suara Mashitah mengaji ayat-ayat Al-Quran di dalam rumah. Suaranya begitu syahdu. Apabila tiba-tiba dia ternampak wajah anaknya; Lukmanulhakim berlumuan darah, terus dia meluru ke arah anaknya denagn kelam kabut di muka pintu.

“Ya Alah, Lukman! Kenapa ni?” tanya Mashitah terkejut lalu memeluk tubuh anaknya itu. Anak sulungnya; Fatimah Az-Zahra dan Ustaz Nabil As-Saufi hanya melihat. Safwan Mua’thal yang kebetulan lalu di Taman Firdausi tadi juga ada. Setelah Fatimah Az-Zahra menjemput mereka naik ke rumah, mereka pun masuk dan duduk di ruang tamu serta menceritakan apa yang berlaku kepada Mashitah tentang Lukmanulhakim. Lukmanulhakim pula terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri dan berehat di kamarnya.

Tidak lama kemudian, Ustaz Nabil As-Saufi dan Safwan Mua’thal meminta diri untuk pulang kerana azan maghrib bakal berkumandang. Ustaz Nabil As-Saufi perlu lekas menghantar Safwan Mua’thal ke asrama maahad. Kemudian, barulah beliau boleh pulang ke rumah untuk bersiap dan pergi ke surau maahad. Syukurlah, Abdul Aziz sudah berkali-kali memohon maaf daripada Lukmanulhakim sebelum mereka berangkat ke rumah sahabat baiknya itu tadi. Jika tidak, pasti cerita ini dipanjang-panjangkan dan perlu berjumpa dengan Ustaz Muhamad Farid selaku Pengetua Maahad Tahfiz Muslim Al-Islami. Sepanjang berada di dalam kereta, mereka banyak bercerita tentang Abdul Aziz. Safwan Mua’thal kemudiannya bercerita tentang dendam Abdul Aziz pada Ustaz Nabil As-Saufi. Beliau begitu terkejut akan hal itu.

Kejadian yang berlaku pada hari itu langsung tidak menghilangkan rasa dendam Abdul Aziz pada ustaznya itu. Sehinggalah pada suatu hari, dia memberi surat kepada Fatimah Az-Zahra untuk menfitnah Ustaz Nabil As-Saufi. Apatah lagi sudah tiga hari beliau tidak hadir ke sekolah. Abdul Aziz memberi surat itu ketika terserempak dengan Fatimah Az-Zahra yang bersama Aminah Muslimah di depan surau maahad. Tetapi mereka hanya mendiamkan diri seperti tidak mengendahkan langsung surat itu.

Seminggu kemudian, barulah Ustaz Nabil As-Saufi kelihatan di maahad itu. Sejak itu, keakraban keluarga Lukmanulhakim semakin rapat dengan Ustaz Nabil As-Saufi. Justeru itu, Abdul Aziz semakin berdendam sehingga dia cuba menghantar surat layang kepada Ustaz Nabil As-Saufi supaya berpindah maahad.

Pada suatu hari, semasa Abdul Aziz melalui Taman Firdausi untuk ke surau, dia ternampak Ustaz Nabil As-Saufi keseorangan membaca kitab. Mukanya pucat. Baginya, inilah peluang emas untuk memukul Ustaz Nabil As-Saufi. Apatah lagi tiada siapa di situ. Lantas, Abdul Aziz melangkah ke arah Ustaz Nabil As-Saufi dan cuba memukul beliau bagi melepaskan geram. Tiba-tiba, Abdul Aziz terus berlari keluar dari taman menuju ke asrama maahad. Ustaz Nabil yang melihat akan hal itu berasa hairan.

Di dalam bilik asrama, Abdul Aziz terus menangis tersedu-sedan. Safwan Mua’thal yang sedang mengulangkaji pelajaran terkejut kehairanan melihat keadaan sahabatnya itu yang tiba-tiba menangis.

“Ana bersalah, ya Safwan...Entah syaitan mana yang menghasut ana. Ana berdosa..!” Abdul Aziz mengeluarkan kata-kata kesalnya.

“Dosa manusia dengan Allah, cukup dengan taubat kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Tapi dosa dengan manusia, hanya manusia itu sendiri boleh mengampunnya,” kata Safwan Mua’thal sambil melabuhkan punggungnya di sebelah sahabat baiknya itu. Abdul Aziz masih lagi menangis.

“Rasulullah tidak pernah mengajar umatnya menjadi seorang yang pendendam, Aziz,” nasihatnya lagi.
“Rasulullah mengajar kita agar menjadi seorang yang pemaaf, penyabar,redha, dan berbagai-bagai lagi sifat terpuji. Bukannya berdendam.”

Abdul Aziz hanya diam. Hati kecilnya begitu tersentuh dengan nasihat sahabatnya itu.

“Anta masih berdendam pada Ustaz Nabil?” tanya Safwan Mua’thal tiba-tiba setelah sahabatnya itu lama membisu.

“Tak, ana cukup menyesal sekarang. Alhamdulillah, tadi semasa ana hendak memukul Ustaz Nabil, tiba-tiba Allah kurniakan petunjuk hidayahNya di dalam hati ana,” jawab Abdul Aziz perlahan sambil air matanya masih lagi bercucuran.

“Alhamdulillah...Ana harap anta akan berjumpa Ustaz Nabil pagi esok untuk memohon maaf,” kata Safwan Mua’thal sambil memeluk badan sahabatnya itu. “Insya-Allah, ana pasti akan berjumpanya,” jawab Abdul Aziz bersungguh-sungguh!

Keesokan harinya, setelah selesai makan di kantin, Abdul Aziz terus menuju ke surau untuk berjumpa Ustaz As-Saufi. Ketika itu, kelihatan Ustaz Nabil As-Saufi sedang melakukan solat sunat. Oleh itu, Abdul Aziz menunggu sehingga Ustaz Nabil As-Saufi selesai solat. Hatinya tidak sabar-sabar untuk memohon maaf.

Ketika rakaat terakhir, Ustaz Nabil As-Saufi sujud dengan begitu lama sekali. Setelah lama menunggu, beliau masih tidak bangun-bangun. Hati kecil Abdul Aziz tiba-tiba berasa sangat risau. Sehinggalah apabila Abdul Aziz mendekati Ustaz Nabil As-Saufi dan memanggil namanya, barulah Abdul Aziz sedar bahawa dia telahpun kehilangan seorang ustaz yang disayanginya; Ustaz Nabil As-Saufi buat selama-lamanya, apabila tiba-tiba Ustaz Nabil As-Saufi terjatuh dari sujudnya. Air mata Abdul Aziz terus mengalir bercucuran.

Tiba-tiba, dia ternampak sebotol ubat dan sebuah kitab di tepi sejadah Ustaz Nabil As-Saufi. Barulah Abdul Aziz tahu, bahawa sebenarnya Ustaz Nabil As-Saufi mengidap penyakit barah otak. Oleh sebab itulah beliau sering tidak hadir ke maahad. Ustaz Nabil As-Saufi sentiasa mengajar Lukmanulhakim dan Fatimah Az-Zahra, membiayai pendidikan mereka, dan sentiasa membantu mereka dalam segi kewangan adalah untyuk membuat kebaikan serta menjalankan tugas-tugas terakhirnya sebagai seorang khalifah untuk mencari keredhaan Allah sebelum bertemu denganNya. Lantas, Abdul Aziz berasa sangat menyesal akan kesalahannya dam memeluk jasad Ustaz Nabil As-Saufi seerat yang mungkin.

“Ana berdosa Ustaz…Ana berdosa pada ustaz…” tersekat-sekat Abdul Aziz menyebutnya, dengan rasa hati yang hiba, sedih, pilu, dan penuh kesal.

Lukmanulhakim dan Safwan Mua’thal yang sedang mengaji di dalam surau ternampak kejadian itu. Lantas, mereka meluru ke arah Abdul Aziz dan jasad Ustaz Nabil As-Saufi. Ustaz Muhamad Farid yang kebetulan berada di situ juga kelam-kabut berjalan ke arah anak-anak muridnya yang sedang menangis.

“Inna lillahi wainna ilaihi rajiun..,” ucap Ustaz Muhamad Farid. Lantas, membaringkan jasad Ustaz Nabil As-Saufi di situ setelah memeluknya. Semuanya kelihatan terkejut dan menangis melihat jasad Ustaz Nabil As-Saufi.

“Ana berdosa, ustaz. Ana dah banyak buat salah pada Ustaz Nabil. Ana terlalu mengikut nafsu,” Abdul Aziz meluahkan perasaan kesalnya sambil memeluk pengetuanya.

“Sudahlah, Abdul Aziz. Bukankan ana pernah mengajar, kalau seseorang meninggal, sedangkan kita tidak sempat memohon maaf padanya, banyakkanlah kita bersedekah al-Fatihah kepadanya, bersedekah amalan dan sentiasa berdoa untuknya. Semoga Allah yang Maha Pengampun mengampunkan dosa dan keterlanjuran kita. Mudah-mudahan amalan kita itu diizinkan Allah sampai kepadanya dan dia memaafkan kita di akhirat kelak,” nasihat Ustaz Muhamad Farid.

Di asrama, Abdul Aziz hanya mendiamkan diri. Mulutnya terus berzikir. Jenazah Ustaz Nabil As-Saufi baru selesai dikebumikan. Syukurlah, Safwan Mua’thal telahpun bercerita kepada Ustaz Nabil As-Saufi tentang dendamnya dulu. Ustaz Nabil As-Saufi telahpun memaafkannya.

Kini hanya perasaan sedih yang ada dalam hatinya. Tiba-tiba, terdengar lagu Mentari Hidup yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Syifa’.

“Kala senja itu tiba,
Ku termenung sendirian,
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan,
Dosa yang aku lakukan,
Menerjah ruang fikiran,
Masihkah ada untukku keampunan…”

“Gelap rasa dunia ini,
Tanpa cahaya Ilahi,
Baru kini kusedari,
Jalan yang aku lalui,
Memusnah pedoman hidup,
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan…”

“Dalam kegelapan itu,
Terbit cahaya dari-Mu,
Memandu hamba-Mu menuju iman,
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran…”

“Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu,
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu,
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri,
Mohon keampunan…”

Sehinggalah semasa bait-bait terakhir dalam lagu yang begitu syahdu itu;

“Wahai Yang Maha Pengasih,
Bantulah hamba-Mu ini,
Yang kian terumbang-ambing,
Di dalam arus duniawi,
Kuberdoa kepada-Mu,
Memohon limpah rahmat-Mu,
Mentari hidupku kan bersinar kembali…”
Abdul Aziz terus menangis mengenangkan dosanya pada Ustaz Nabil As-Saufi.

“Ya Allah…Ampunkanlah dosaku. Aku mohon kepada-Mu, limpahkanlah rahmat-Mu kepadaku, sehingga mentari hidupku bersinar kembali…” doa Abdul Aziz dengan penuh kusyuk dan berharap. Semoga dosanya diampunkan Allah dan Ustaz Nabil As-Saufi...

Inilah cerpen ana...Bglah pandangan, ye..
HafaazMuslim
HafaazMuslim
Admin

Posts : 21
Join date : 2009-05-30
Location : Kompleks Balai Islam, KL

http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

CERPEN TUGAS SEORANG KHALIFAH Empty Re: CERPEN TUGAS SEORANG KHALIFAH

Post  jue_liza Fri Sep 11, 2009 10:53 am

best Very Happy ...cerpen islamik yang menarik...penulis cerpen and novel islamik kat malaysia ni ramai... yang mude2 pun ramai(akhi mgkin antara calonnye...amiinnn)...mungkin boleh tengok2 cari penulisan faisal tehrani and ummu safiyah...nak bagi pendapat skit ek...
cerpen nie lebih kepada penglaman dan cerite....iye la namepun cerpen(cerite pendek)...tapi mungkin akhi boleh buat tranfomasi dengan menyelitkan elemen lain selain penceritaan and pengalaman semata2....sekian saje...maaf ye...
lagi satu.....lagu tue asalnye kumpulan haikal yang nyanyikan kan....

tahniah...and semoga berjaye.....
jue_liza
jue_liza

Posts : 6
Join date : 2009-09-10
Age : 35
Location : pahang

Back to top Go down

CERPEN TUGAS SEORANG KHALIFAH Empty Re: CERPEN TUGAS SEORANG KHALIFAH

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum